18 October 2013

Sujudnya Hati

Bismillah.

Yang teragung dan termulia, untukMu Tuhanku. Pemilik hatiku selamanya.




“Tika rintik-rintik jernih ini mulai jatuh,

tersendu sepi dalam sujud.

Longlai dan lemah.

Betapa Dia lagi berbisik, memujuk hati untuk kuat.

Hati, tidakkah engkau dengari?

Hati, tidakkah engkau renungi?

Bait-bait kalam-Nya yang terselit.

Membawa seribu erti untuk diteliti.

Justeru hati, kenapa masih ingin berdukacita lagi?”




Bila kesedihan mulai datang mengetuk pintu hati, bila kesepian datang tanpa diundang, maka saya akan duduk lama-lama di laman ini.

Mengamati dan merenungi dalam-dalam.

Untuk setiap baris kalam yang tersusun.

Pada setiap perkataan yang telah dilakarkan.

Tulisan yang saya tinta tika iman tersangat ‘kritikal’ dan semasa iman sedang sihat.

Ternyata, ada banyak bezanya.

Menulis, untuk saya luah setiap isi hati.

Bukan sekadar luahan, tetapi sebagai muhasabah ke arah kebaikan.

Mengetuk diri yang mungkin sedang kelalaian.

Memujuk hati yang lagi sedang keresahan.

Ya, ‘islah’ untuk diri sendiri terutamanya.

Dan ingin menyelitkan manfaat bersama untuk semua orang.

Meski sentiasa sedari, diri banyak kekurangan dan kelemahan.

Banyak…tak terhitung, malahan merasa tidak layak untuk semua pujian yang sering singgah senyap-senyap di inbox fb.

Allah…andai mereka mengetahui betapa rapuhnya diri ini…andai mereka mengetahui betapa lemahnya diri ini, pasti tidak akan ada yang sudi untuk singgah ke laman ini…

*serius mahu nangis*

Namun, di sisi tulisan inilah cuba untuk saya cari kekuatan yang mendalam.

Mencari kekuatan yang kadang-kadang hilang tika diri penasaran.

Mencari kembali kekuatan iman.

Iman, yang sememangnya ia mempunyai sifat turun naik.

Nak kekalkan, harus istiqamah dengan amalan.

Harus sentiasa rapatkan diri dengan Tuhan.

Nak jatuh? Mudah sekali dengan bisikan syaitan.


“Iblis berkata: ‘Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.’ Allah berfirman: ‘Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)’. Iblis menjawab: ‘Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” (Shâd [38] : 79-83)


*Noted: kecuali hamba yang mukhlis, yang punyai hati yang bersih dan tulus.

Allahurabbi.

Tunduk kepala kerana teramat malu padaMu... Mukhliskah aku?


“Ikhlaskanlah, dengan keyakinan dan kepercayaan pada sudut qalbu yang paling dalam.”





Sujudnya hati.

Andai hati bisa 'bersujud', maka anggota tubuh yang lain juga pasti akan mudah untuk tunduk bersujud pada-Nya.

Sujudnya hati, ibarat sang abid yang terus mendidik hatinya untuk terus akur, pasrah dan redha pada semua takdir Allah.

Di saat hati merasa sunyi, cukuplah menghiburkan diri dengan kalam Allah.

Alunan zikrullah mampu mengubati lelah dan duka.

Di saat hati mulai merapuh, ingin pasakkan kembali keyakinan pada-Nya teguh-teguh.

Allahu allah…akui, bukan semudah kalam yang tertinta.

Hati yang sekecil itu, betapa ajaibnya ia dapat menampung pelbagai rasa.

Rasa yang kadang-kadang penat, lelah, letih pada dunia.

Rasa yang ingin cepat-cepat kembali pulang ke sisiNya.

Namun, layakkah diri pulang dengan ‘tersenyum’ di sana?

Hati, bersujudlah dahulu. 

Sepenuhnya.


“Bila kau letih dan hilang semangat,


Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. 


Bila tangisanmu berpanjangan, Allah telah mengira titisan air matamu. 


Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu, Allah sentiasa disisimu. 


Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada penyelesaiannya. 


Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya."






Sungguh-sungguh.

Mahu redha untuk semua ujianNya.

Mahu redha untuk segala dugaanNya.

Redha itu buah dari kesabaran.

Ditempa dengan jalan mujahadah yang cukup perit.

Tetapi isi buah itu tersangat manis kelak.

Ya, suatu hari kelak.

Sentiasa ingin yakin pada janji Ilahi.

Setia menunggu jawapanNya untuk setiap sujud di dinihari.

Terus menanti.

Moga suatu hari nanti Allah sudi.

Menjawabnya dengan huluran penuh cinta.

Pada setiap bait-bait doa.

Allahumma amin....




*Hati tersangat rapuh saat ini, pohon ehsan kalian mendoakan penulis agar dithabatkan iman dalam ketenangan…barakallahulakum aidan*


 : hikmatul islam
: 18102013
: 0800pm

13 October 2013

Nafas Rindu Eidul Adha


Bismillahirrahmanirrahim.

Dimulai dengan menyebut nama-Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Terkadang, dalam hidup ini ada perkara yang kita tak dapat langkaui ia dengan akal logika.

Takdir Allah sangat luar biasa. 

Keajaiban mungkin berlaku.

Tiada siapa yang mampu menangkap apa aturan yang Allah sedang rencanakan dalam hidup kita.

Apa kita akan dapat menjangkanya?

Tidak akan disangka-sangka, itu semuanya adalah kerana di bawah kawalan Allah yang Maha Berkuasa.


“Apa yang kita pinta, jarang sekali kita akan mendapatkannya. Kerana Allah ingin memberikan jauh lebih baik dari apa yang kita pinta.”




Nafas rindu ini kembali mendesah.

Rindu yang sekian lama terpendam.

Doa yang sejak dari dulu tiada terpadam.

Rindu untuk menjadi tetamu-Nya, menyebabkan diri sentiasa ternanti-nanti.

Terkadang sampai termimpi-mimpi. Mimpi indah walau sekejap, namun ia sudah cukup mengubat rasa rindu itu. 


"Sepi dalam keagungan diri
Aku seorang diri
Membilang bilah-bilah dosa yang tumbuh
dari celah usia yang semakin meningkat
Semakin kurenung lautan manusia, semakin sepi ku rasa diri ini.

Di hadapan Rabbi, aku keseorangan bagi dihitung diri.
Kesepian yang membalut diri, kenangan masa lalu dan kesibukan memikirkan diri membuatkan daku bimbang dalam kesepian.
Bimbang akan dosa. Bimbang akan keterlanjuran atas sebab kelalaian diriku. Bimbang atas kesalahanku.
Mudah-mudahan kunjunganku kali ini menyingkap segala karat dosa, mengembali rasa kehambaan dalam diriku ini."

(Rasa Kehambaan: Abu Hassan Morad)





Allahu Allah.

Sedar, dan sentiasa sedar diri.

Betapa hamba tidak layak untuk menjejak kaki ke tanah suci-Mu.

Betapa diri yang penuh lumpur dosa dan noda ini tidak layak untuk menjadi tetamu-Mu.

Betapa malunya hamba untuk menatap rumah suci-Mu.

Namun, kerana mengenangkan rahmat dan ghaffar-Mu yang Maha Agung tidak terperi dan tidak terhitungnya kasih sayang-Mu Tuhanku, membuatkan daku tidak pernah ingin berputus asa meminta padaMu.

Dalam takut dalam harap.

Dalam tangis dan nafas rindu.

Akan terus memohon padaMu yang Satu.


"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurniaan Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar." (Al-Hadid:21)


Ya. Sungguh kurniaan Allah Maha Besar.

Maha Luas, diberikan pada hambaNya yang Dia kehendaki.

Berharap, kali ini benar-benar kaki ini dapat menjejakkan kaki ke sana.

Menatap wajah Baitillah.

Bersujud, bertakbir, bertasbih dan bertahmid di sana.




Moga Allah izin.

Menjemput kali ini dengan benar-benar DIA redhai.

Moga dapat menghadap-Nya dengan qalbun salim.

Ingin menyucikan segala karat-karat mazmumah yang bersarang dalam hati.

Ingin menyucikan diri dari sifat diri yang terkeji.

Memohon ampunan-Nya yang Maha Pengampun.

Meluahkan segala hasrat dan hajat di hati, pada DIA yang Maha mengerti.

Mencari sebuah keyakinan dalam kedoifan diri.

Membuntuhkan pertolongan pada sebuah silaturahim, agar kekal berpanjangan hingga ke taman firdausi.

Tiada lagi duka, tiada lagi sengsara, tiada lagi kesakitan yang akan tertanggung. 


Allahurabbi.
Semoga urusan ini dipermudahkan.
Semoga urusan walimah abang juga dipermudahkan segalanya, dalam limpahan rahmat dan berkat yang turun dari langit.

Allahumma amin.

*Salam Eiduladha 1434H, pengorbanan demi pengorbanan yang tercipta, moga ia dikira dan ditukar dengan mahar syurga.*




WAITING FOR THE CALL

Miles away, oceans apart
Never in my sight, but always in my heart
The love is always there, it will never die
Only growing stronger, a tear rolls down my eye

I'm thinking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my veins
To see my Muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day, everyone will get the chance
To be blessed with the greatest honour
Of being called to Your Noble House

Standing in ihram making my tawaf,
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)
Labbayk (here I am)
Labbayk (here I am)

: hikmatul islam
: 13102013
: 0800pm


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...